We provide Panduan Solat Sunat online (apkid: panduan.solat.sunat) in order to run this application in our online Android emulator.
Description:

Download this app named Panduan Solat Sunat.
KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT SUNATMengerjakan solat-solat sunat memiliki banyak keutamaan.
Di antaranya adalah seperti berikut:
a) Ia Merupakan Amalan Yang terbaik
Mengerjakan solat merupakan amalan yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
Istiqamahlah kamu semua, janganlah kamu menghitung-hitungnya, dan ketahuilah bahawa sebaik-baik amal-amalmu adalah solat.
– Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Thohaarah wa Sunanuha, no: 273.
b) Menutup Kekurangan Solat Fardu
Solat sunat dapat menutupi segala kekurangan yang mungkin wujud ketika mengerjakan solat fardu.
Abu Hurairah radhiallahu’ anh meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
Sesungguhnya amalan manusia yang mula-Mula dihisab pada hari kiamat ialah solat mereka.
Tuhan kita berfirman kepada para malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui: Periksalah solat hamba-Ku! Sempurnakah atau kurang? Jika solatnya sempurna catatkanlah sebagai sempurna, dan jika terdapat sesuatu kekurangan Tuhan berfirman pula: Periksalah adakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat? Jika dia mempunyai amalan solat sunat lalu Tuhan berfirman: Sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya.
Kemudian diperhitungkan amalan-amalan itu dengan cara demikian.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 733.
Updates:
Free download Android Panduan Solat Sunat from MyAndroid.net
MyAndroid is not a downloader online for Panduan Solat Sunat. It only allows to test online Panduan Solat Sunat with apkid panduan.solat.sunat. MyAndroid provides the official Google Play Store to run Panduan Solat Sunat online.
©2025. MyAndroid. All Rights Reserved.
By OffiDocs Group OU – Registry code: 1609791 -VAT number: EE102345621.
